RPH


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TAHUN 1

KELAS                                              :  Tahun 1 D

BILANGAN MURID                         : 36 orang

BIDANG                                            : Sains Hayat (Haiwan)

STANDARD KANDUNGAN             : 3.2 Menghargai pelbagai haiwan di
                                                                  sekeliling kita.

STANDARD PEMBELAJARAN       : 3.2.1 Mengajuk bunyi pelbagai haiwan pernah
                                                                    mereka dengar.

                                                           : 3.2.2 Menunjukkan pelbagai cara haiwan    
                                                                      bergerak secara simulasi.

OBJEKTIF                                           : Di akhir pembelajaran, murid dapat:

                                                              1)  Menyebut 10 jenis haiwan dan mengajuk bunyinya. 

                                                              2)  Murid dapat melakonkan cara haiwan 
                                                                   bergerak dengan iringan nyanyian.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM : Kreatif dan inovatif, Bahasa Melayu

KEMAHIRAN PROSES SAINS             : Memerhati dan berkomunikasi.

NILAI MURNI                                        : Bekerjasama , jujur dan berkeyakinan.

Langkah

Kandungan

Cara perlaksanaan

Catatan/Impak


SET INDUKSI
( 5 MINIT )

Menarik minat murid (Teka-teki)

  1. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi haiwan menggunakan CD.
  2. Murid meneka bunyi –bunyi haiwan tersebut.
  3. Murid yang menjawab dengan betul di beri ganjaran (gula-gula).
  4. Beberapa orang murid dipanggil untuk memakai topeng haiwan (Harimau, Singa, monyet).


BBM :
1.CD
2.Gula-gula
3.Topeng haiwan

12 orang murid menguasai SP
1 orang perlu diberi bimbingan

LANGKAH 1
( 15 MINIT )

Mengajuk bunyi haiwan:
  1. Harimau
  2. Kucing
  3. Lembu
  4. Katak
  5. Ayam
  6. Gajah
  7. Itik
  8. Kuda
  9. Ular
  10. Anjing

  1. Guru membacakan 3 teka –teki kepada pelajar.
  2. Murid cuba menjawab teka-teki yang diberikan.
  3. Murid yang memakai topeng mengajuk bunyi haiwan tersebut.
  4. Guru kemudian menunjukkan kad gambar haiwan yang lain.
  5. Murid disoal :-
    1. Siapakah pernah pergi zoo?
    2. Siapa tahu apakah nama haiwan ini?
    3. Bolehkah kamu mengajuk bunyi haiwan ini?
  6. Aktiviti ini diulang dengan bunyi haiwan yang   lain.


BBM :
1.Kad Gambar haiwan
2.Kad teka-teki
3.Topeng haiwan

12 orang murid menguasai SP
1 orang perlu diberi bimbingan

LANGKAH 2
(10MINIT)

 Menyanyi  Lagu Gerak Haiwan
 “Can Mali Can”
Lirik lagu dalam buku teks



  1. Murid dibimbing menyanyi lagu “Can Mali Can” dan melakonkan gerak haiwan seperti dalam lagu itu.
  2. Murid dan guru menyanyi bersama-sama sambil membuat gerakan haiwan.
  3. Nyanyian diulang .


BBM :
1.Lirik lagu

12 orang murid menguasai SP
1 orang perlu diberi bimbingan

LANGKAH 3
(10 MINIT)

Permainan teka binatang
-Kucing
-Itik
-Lembu
-Monyet

  1. Murid dipanggil ke hadapan untuk  membacakan kad nama, membuat bunyi dan gerakan haiwan yang  terdapat pada kad.
  2. Murid lain meneka haiwan yang dilakonkan itu.
  3. Murid yang berjaya meneka dengan betul di beri peneguhan (tepukan).

BBM :
1.Kad haiwan

12 orang murid menguasai SP
1 orang perlu diberi bimbingan

LANGKAH 4
(15 MINIT)

Peneguhan Konsep
melalui latihan.

  1. Murid diedarkan lembaran kerja
  2. Murid  dibimbing menyiapkan lembaran kerja dalam masa yang ditetapkan.
  3. Murid diminta mewarnakan gambar haiwan didalam lembaran tersebut.
  4. Semakan terus dibuat bersama dengan murid dan ditampal di dalam buku nota.


BBM :
1.Lembaran Kerja
2.Pensel warna
3.Buku nota sains

12 orang murid menguasai SP
1 orang perlu diberi bimbingan

LANGKAH 5
(5 MINIT)

Penutup

  1. Murid disoal semula tentang apa yang dipelajari hari ini.
  2. Murid menyanyi semula lagu gerak haiwan.


BBM :
1.Lirik Lagu

13 orang murid menguasai SP
1 orang perlu diberi bimbingan



RPH TAHUN 2 - KEPERLUAN ASAS HAIWAN



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS
(KONSTRUKTIVISME)

Tarikh/Hari    :  12.5. 2012                                     Masa  : 1.35 – 2.05 petang
Kelas             : 2 B                                                 Bil Murid : 39 orang
M/Pel             : Sains
Topik              : 2.0 Haiwan
Sub topik       : 2.1 Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup.
Objektif          : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat:
1.    Memberi contoh haiwan dan makanannya.
2.    Mengelaskan haiwan mengikut makanan yang dimakan.


Pengetahuan sedia ada:
Murid sudah mengetahui 4 keperluan asas haiwan iaitu makanan,air,udara dan tempat tinggal
Konsep:
* Setiap haiwan mempunyai makanan yang tersendiri.
* Setiap haiwan mempunyai pengelasan makanan yang tersendiri.
Bahan: Radio,CD,LCD,gam,gunting,gambar haiwan,marker pen,penyangkut baju,tali,manila kad.
Nilai    : Menyayangi haiwan, bekerjasama,baik hati,kerajinan,mematuhi                                       arahan,toleransi

Kemahiran : Menulis,Menyenarai, Menyatakan pendapat, Merumus, Menjalankan               aktiviti kumpulan.




 

Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran  dan Pembelajaran
Catatan


Aktiviti Guru
Aktiviti murid


Set Induksi
( 5 minit )

Haiwan dan makanannya

*Guru memasang lagu “bangau oh bangau”.
*Guru meminta murid menyanyi bersama-sama.
*Guru meminta murid menyebut nama-nama haiwan yang terdapat dalam lagu tersebut.
*Guru meminta murid menyatakan makanan bagi haiwan yang terdapat dalam lirik lagu tersebut.
*Guru membawa murid kepada pengenalan topik hari ini.


*Murid mendengar dan menyanyi bersama-sama.
*Murid akan menyebut nama-nama haiwan tersebut.
*Murid akan menyatakan makanan haiwan tersebut berdasarkan lirik lagu yang didengar.

Radio dan CD.

Langkah 1
(15 minit )

Diet Haiwan

*Guru menayangkan slaid LCD yang menunjukkan gambar haiwan yang sedang makan makanannya.
*Guru meminta murid memberi pendapat mengenai tayangan yang mereka lihat.
*Guru membahagikan kelas kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B
*Guru meminta setiap seorang murid Kumpulan A menulis satu nama haiwan pada sekeping kad, dan ahli Kumpulan B menulis contoh makanan haiwan pada sekeping kad.
*Guru akan memilih ahli kumpulan A secara rawak untuk menampalkan kad nama haiwan.Manakala ahli Kumpulan B akan memadankannya dengan contoh makanan yang ditulis.


*Sekiranya terdapat salah padanan, guru akan membimbing murid memadankannya dengan betul.


*Murid memerhati dan memberi komen mengenai gambar yang mereka lihat.





*Murid Kumpulan A menulis nama haiwan dan pada sekeping kad.Murid Kumpulan B menulis contoh makanan haiwan pada sekeping kad.
*Murid Kumpulan A akan tampil ke depan menampal kad mereka di papan tulis.
*Murid Kumpulan B akan memadankannya mengikut kesesuaian makanan haiwan tersebut.

LCD,
Kad Perkataan
Langkah 2
(20 minit )
Pengelasan makanan
*Berdasarkan contoh haiwan dan makanan pada langkah 1, guru akan membimbing murid mengelaskan makanan kepada 3 kategori, iaitu haiwan yang makan haiwan lain sahaja, haiwan yang makan tumbuhan sahaja dan haiwan yang makan haiwan dan tumbuhan.

10
*Guru membahagikan kelas kepada 6 kumpulan.
*Setiap kumpulan akan dibekalkan manila kad, gambar haiwan,tali,penyangkut baju,gam,gunting dan penebuk lubang kertas.
*Setiap kumpulan diminta menyiapkan satu tugasan dengan mengelaskan haiwan yang diberikan kepada 3 kategori.
*Guru akan memberi penerangan cara melaksanakan tugasan dalam kumpulan.
*Guru akan membimbing murid membuat tugasan dengan betul.

*Murid akan menyatakan bahawa tabiat pemakanan haiwan dikelaskan kepada 3 kategori.






*Murid melaksanakan tugasan yang diberi dalam kumpulan.


*Murid akan mempamerkan hasil tugasan mereka kepada kelas.

*Setiap kumpulan diberi peluang untuk memberi sebarang komen terhadap hasil kerja masing-masing.

*Murid menjawab lembara kerja yang diedarkan oleh guru










manila kad,
gambar haiwan,tali,
penyangkut baju,gam,
gunting dan penebuk lubang kertas.







Lampiran 3

Penutup
( 5 minit )

Rumusan

*Guru membimbing murid membuat rumusan.
*Guru memberikan kerja rumah dalam buku aktiviti

*Murid menyatakan kesimpulan tentang apa yang telah mereka pelajari.
*Murid akan menyiapkannya di rumah.

No comments:

Post a Comment